Throwback

THROWBACK

Ucapan sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak MDEC kerana memberi peluang untuk saya mengikuti kelas bersama SIFU BRANDING yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan pengiklanan iaitu Tuan Matjepp dan Dr Rahim

Tuan Matjepp adalah invdividu yang banyak membuat video branding untuk syarikat seperti Sunlight, Samsung dan banyak lagi.

Beliau juga banyak membuat video drama tonton dimana kadar tontonan setiap siri lebih ratusan ribu viewer setiap hari.

Tuan Matjepp dan Dr Rahim tidak asing dalam dunia coaching dan menjadi coach para artis, pemilik syarikat dari dalam dan luar negara juga.

Apa yang bestnya dalam kelas ini adalah setiap trainer di ajar cara mengenal pesona dan branding dalam diri atau syarikat masing-masing. Pelbagai teknik yang boleh digunakan seperti mind-mapping, konsep rencah, konsep resepi , apa itu storyboard dan pelbagai ilmu yang jika tidak ambil peluang amatlah terasa kerugiannya.

Penampilan Fizo Omar sebagai tetamu Jemputan memeriahkan lagi kelas dinama Fizo Omar tidak lokek memberi sharing bagaimana beliau jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Walaupun beliau seorang artis, beliau juga telah meyakinkan bahawa branding yang kuat dan tepat amatlah diperlukan bagi semua usahawan.

#pedas